Tribute to coach ni sempena keberangkatan pergi
Azrin a.k.a Coach ke USA semalam atas urusan kejer..kalau kat airport tu org kat kaunter akan tanya "business or pleasure sir?"..tatau la coach nak jawab aper..jgn dia jawab bomb dah..tak pasal2 kena ketuk ketampi sambil dibogelkan nanti..kenal dia start form 4 kat mrsmpc..dia kelas Iqbal,aku ngan men kelas farabi..masa tu tak rapat sgt ngan dia sbb dia stok2 scorer,aku pulak atas sikit dari scorer..jumpa lagi masa 1st year kat 1st college UM..masa tu nama dia azrin lagi..pastu masa minggu ragging tu,baru perasan muka dia mcm muka abdul rahman,coach bola terengganu time tu..start tu panggil dia coach..

antara sumbangan yg tak ternilai coach ialah pembekal bilik kepada squatters2..saper2 yg takder bilik masa tu akan memeriahkan bilik coach dan x-rumet2nya nazir,man,borr,kamarul..dari luar bilik tu nmpk macam 20 org ada kat situ sbb kasut bersepah kat luar bilik..siap kena ambush dgn warden lg..

lps dia grad,kitorang (aku,men,coach) masuk training kat shrdc shah alam..masa 1st day tu ada iq test...aku rasa aku terpilih masuk sana sbb aku tertiru coach masa iq test tu..nasib baik coach ada kat sebelah masa tu..hehehe..sepanjang tempoh training tu dia sewa bilik kat umah men..kitorang akan buat car-pooling (KBC + BFG + WDX) tiap2 hari utk menjimatkan duit minyak..pastu bulan posa, kitorang akan bukak posa kat masjid..maklumla dapat elaun 500 jer sebulan..
byk lagi kenangan ngan coach ni..gi cuti2 kat penang sambil tumpang tdo kat umah dia kat taiping (dia bwk kitorang gi mandi kolam air panas), pastu tgk bola kat stadium shah alam (walaupun aku tak sokong perak tapi buat2 sokong sbb takut kena belasah), pastu gi sunway lagoon (coach ni gayat so dia tak naik benda2 yg boleh menggugurkan jantung ni), dan gi karnival sure heboh (sambil kutip2 benda2 terbuang utk tukar ngan kupon lucky draw)..

perangai coach yg mmg dah sebati dlm jiwa dia ialah suka cerita benda2 yg dia dah cerita..tapi bila kali ke2 dia citer tu,versi dia lain sikitla..so lain kali kalau cakap2 ngan dia,kena ingatla apa benda yg korang borak sbb mungkin bila jumpa lain kali dia akan citer benda yg sama dgn versi lg gempak..kalau dia buat cam tu,korang terus jer cakap ending citer tu..muahahha..
lg satu,evaluation dia terhadap satu2 benda tu mmg fail..contohnya kalau dia cakap ada movie tu best giler2, jgnla tgk movie tu..tgk boleh,tp with no high expectation..muahhaha..betul tak men?
coach jugak merupakan salah seorang ahli dalam 2 kelab yg dipresidenkan oleh aku, iaitu kelab kejar mengejar dan kelab desperate loser..
kejayaan terbesar coach ialah menang tiket bercuti bersama kumpulan by'u (kumpulan baru masa tu) kat pulau apa ntah..redang kot..so dia pun gi la bercuti kat pulau tu ngan ahli2 by'u yg dah tak wujud zaman ni..siap masuk paper lagi..dia menang tiket tu sbb dia punya tarian paling mendapat sokongan pengundi..masa tu kitorang kejar era..
dlm kelab desperate loser,aku target dia org yg ke-2 akan kawin (selepas men) sbb dia dah kaya skang..men tu kena kawin 1st sbb dah sampai tahap wajib kawin..
so,kpd coach,slmt bekerja kat negara omputih tu..jgn terpengaruh dgn anasir2 barat tu...jumpa lagi bulan 3 nanti..awek2 yg ko nak ngorat (tp tak dapat2 lagi) tu biar aku,men ngan yat jaga..muahaha..
ucapan terakhir:jgn pulang dgn tangan kosong!!kami menanti kepulangan anda..