marilarilagimarilarilagimarilarilagimarilarilagi

Memories seem like so long ago,time always kills the pain..

..Darah manis??..

Sunday, August 27, 2006

mari bercuti sekolah:kenduri kawins..

sempena cuti sekolah ni, org2 yg femes (batuk batuk) byk dapat jemputan kawen dari member2 dan sedare mare.. aku pun dikategorikan sebagai golongan yg batuk tadi, so bykla jugak jemputan yg kena dipergi.. ada jugak yg tak dapat nak gi sebab jadual dah penuh..
minggu pertama cuti sekolah ni aku gi 3 kenduri kawen.. men ngan coach pun turun dari penang utk gi kenduri kawen ni.. analisis kenduri kawen:

upacara menyediakan hadiah eksklusif dari Kelab Bujang UM

sabtu, 19 ogos
lps kejer, singgah kat carre4 utk jumpa coach..dia tgh beli hadiah kawen.. so tolongla dia angkat hadiah2 tu gi bayar.. berat siut hadiah kitorang.. pastu balik umah aku, lepak2 sambil balut hadiah.. ni 1st time team kitorang bagi hadiah cam ni.. best jugak.. so lps ni aku akan standby 5 unit hadiah utk dibagi kat 5 mmbr2 yg bakal kawen.. so saper nak, kena jd 1st 5 org yg kawen,sebelum stok habis..

berguna utk memasak dan baling2..
kotak disponsor oleh A-Sport..
tadaaa...

bila dah setel sumer, kitorang pun gi kenduri rajab-suzie kat area batu caves. rajab ni mmbr masa kat mrsmpc dulu.. dia katil sebelah ngan aku masa kat dorm B9, merangkap exco akademik.. disebabkan aku ni mmbr sebelah katil, maka aku dapat jadi AJK biro akademik.. kroni beb.. sampai sana dalam kul 3 lebih.. makanan dia perghh marvellicious... tak sia2 kitorang dtg jauh2..

pengantin dah tukar baju dah..sblm tu suzie siap pakai t-shirt lg..sempoi..

mlm tu, men tido kat umah aku.. lps lunch merangkap supper, kitorang gi jenjalan kat uptown ss15 subang... ooo baru tau kat sini pun ada uptown.. tak happening sgt pun uptown ni.. brg2 dia cam biasa jer tp tak ramai org.. men beli spek hitam , harga rm11..so saper2 yg nmpk men bergaya dgn spek hitam, imagine "uptown subang"..

ahad,20 ogos
seperti biasa, hari ahad bangun lmbt..pukul 9 lebih, gi pasar bonet kat stadium shah alam ngan men..beli la apa2 yg patut..men beli spek hitam (lagi!)..tp harga dia lg murahla.. rm10.. so kali ni imagine "pasar bonet stadium"..

kenduri pertama hari ni, kat seksyen 17 shah alam..mula2 bergerak ke kenduri fara-afdhal.. fara ni budak telekomunikasi um, satu batch dgn men ngan coach.. aku ni pun dah dikira sebahagian dari budak telekom jugak, sbb tu aku join jer apa2 aktiviti diorang.. afdhal tu pulak mmbr baik men..antara yg kelihatan:pali dan tunangnya azie..

kek..
tertido..

lps dah kenyang, kitorang gi pulak ke kenduri akmal-aliza kat dewan jubli perak, shah alam.. akmal ni budak pc pastu skang jadi doktor kat UK..wife dia final year student..amik medik kat uk jugak.. budak2 lain yg kelihatan: lot, arip,kamilah ngan tunang dia.. nasib baik kitorang sampai sekali, dapat jugak makan semeja..

mamat baju merah kat belakang tu siap pandang kamera lagi..
"ko jgn diri rapat2 sgt" kata tunang kamilah sblm amik gambar..

sabtu,26 ogos
lps kejer, gi amik zul kat tepi federal hiway pastu gi jumpa ina ngan najib kat vista.. nak gi kenduri izwan a.k.a pokwe-hanim.. kelasmate masa kat pc dulu.. bukan senang nak jumpa pokwe nih sbb dia org minyak,kejer off shore..antara budak pc yg ada: najibah,fadhlan-azie,azril-rosnadia,kodah ngan fayedz..

pengantin ni pun pakai t-shirt jer..
pengantin (baju hijau) dan pengepit yg berbaju over..
byk tuu dapat..

tu jer la kot cerita2 kenduri kawin.. sebenarnya ada 30 kenduri lagi tapi malasla nak citer..gambar2 dah ada kat fotopages farabi..
..Darah manis??..

Tuesday, August 22, 2006

mari ke taman negara

ari tu gi taman negara ngan family sbb follow ayah aku ada meting kat sana.. letak gambar jer la kat sini, malas nak tulis panjang2..

rainforest resortdalam bot sebelum aktiviti rapid shooting

orang putih gi melawat perkampungan orang asli
bot lalu sebelahni la rapid shooting..lawan arussebelum canopy walksebelum terjunsikit lagi nak putusnight walk dalam hutankelah sanctuary,lubuk tenor..bagi makan ikan kelah dukung adiksungai kat lata berkohpokok besarsepaiderjetikat seberang sana ada satu lg resortsebelum naik botnaik bot lagi

kesimpulannya:best giler gi taman negara.. kos sebenar tatau sbb gomen yg bayar.. tapi kalau yg aku survey, agak mahalla.. aktiviti kat sini byk kena guna guide.. chalet agak murahla dalam rm40.. tapi jalan nak ke sana tu mencabar giler..
..Darah manis??..

Tuesday, August 15, 2006

mari tengok nacho libre

nak fokus pasal filem ni jer.. best giler sampai sanggup buat satu entry khas utk filem nacho libre ni.. tapi tataula filem ni boleh jd juara top ten feveret muvi anip utk thn 2006 ke tak.. kena tunggu result dia thn depan la..
pelakon utama dia, jack black.. aku start kenal & minat kat dia start citer shallow hal ngan school of rock.. dia berlakon watak nacho, tukang masak kat umah jaga orphan.. dia suka sukan wrestling tapi kat umah tu takleh ada sukan2 ganas ni.. berdosa..
pastu dtgla sorang nun nama Sister Encarnación.. pelakon dia nama ana de la reguera.. agak lawa la.. nacho ni nak ngorat sister ni.. siap buat lagu lagi.. XXooxOXoo.. utk nak ngorat sister ni, dia jadila wrestler.. lg satu sbb dia nak menang duit utk beli bas kat anak2 yatim..
dia punya tag team nama Esqueleto, pelakon dia nama hector jemenez.. dia ni pelakon tak terkenal yg plg lawak.. saiful apek pun tergugat punya.. kuat menjerit pastu muka serabai selamba badak.. macam haram..
tapi review filem ni kat cinema online ngan imdb teruk giler.. "Watch "Nacho Libre" only if you are a Jack Black fan and/or enjoy professional wrestling."..
so sila la tgk filem ni bila kuar yer.. 17 ogos nanti keluarla.. kalau tak best, mintak refund ngan akak kaunter tiket tu.. lupa laks.. soundtrack dia pun best jugak..boleh la nak layan..
..Darah manis??..

Sunday, August 13, 2006

mari ke pesta konvo um

belut-belut kat Giant Shah Alam..

Tadi, boring2 dok umah, aku gi jalan2 secara solo ke ekspo konvo um.. hari ahad tu last day, pastu sesi petang tu budak2 fakulti alam bina konvo.. ada sorang member konvo (Man DeGey).. tapi malas nak tunggu.. kul 4 tu sampai, pastu parking kat 1st, jalan2 kat gerai2... bohsann.. takder apa yg menarik pun.. cuma yg agak ramai org, gerai yg jual ikan laga tu..
antara perubahan yg nampak kat um: laluan motor kat tepi padang, dekat2 dgn baktisiswa tu dah besar ngan dah straight.. so selekoh maut sebelah pokok tu dah takder..
singgah kejap kat fakulti sains, yg melahirkan ramai graduan2 berkaliber dan berguna utk masyarakat(mcm aku).. x byk yg berubah.. lps tu jalan2 lagi..

Cafe..tempat plg best kat fakulti.. digunakan utk mengisi perut dan mencuci mata..
sudah ada kolam ikan kat sebelah DK3..
sudah ada byk kaunter kat pejabat dekan.. tempat beratur start pukul 11 pm utk amik no giliran daftar kursus..
sudah ada byk kerusi kat dataran sains ni.. tempat lepak2 sambil baca notis.. pernah dijadikan tempat mini gathering budak2 sains hayat 3 bbrp thn dulu.. mcm haram..

mula2 niat nak gi um sbb nak tunggu Man lps konvo tu, sambil cari2 mmbr lama, musuh2 lama dan bakal jodoh ..hehe.. tapi malas nak bersesak, so gi jumpa yat jer kat 12th.. antara topik yg dibincangkan:
1. kenduri kawin fara 20hb kat shah alam.. men ngan coach akan turun dari penang..
2. men gi kursus kawin kat putrajaya (follow coach).. siot men tipu aku, kata gi main game..
3. kenduri kawin Lan kat klang 27 hb.. akan gi ngan yat..
4. trip sempena merdeka:men,coach dan geng2 shrdc nak gi pulau perhentian.. apsal tak ajak aku wei?? tak kira, aku nak apply jugak cuti 1 sept nanti..
5. masa depan ahli Kelab Bujang UM..
..Darah manis??..

Sunday, August 06, 2006

mari tengok tv::yang dah habis, yg baru start

aku ni jarang tgk tv, cuma ada bbrp rancangan jer yg aku setia untuk mengadap.. hari rabu aku tengok CSI, isnin tgk Lost, sabtu tgk AF, ahad tgk Gitu-gitu Apek.. yg lain tu sekadar tgk bila perlu jer.. ada jugak yg teringin nak follow dari episod 1 sampai abis tapi separuh jalan jer sbb time tak sesuai.. selalu blk kejer lambat.. yg nak tgk: next top model (cycle 5), beauty & the geek (pun dah habis..) ngan northshore..

jayla (next top model cycle5 )nicole (next top model cycle 5)
ni model2 utk cycle 6

semenjak 2 menjak ni, byk citer yg aku follow dah habis..bosan betul..

dulu CSI finale aku tak sempat nak tgk..tatau apa jadi kat brass tu..tapi skang CSI miami pun dah start new season tapi tak suka sgt sbb bosan tgk horatio yg asyik cekak pinggang mcm bagus tu.. CSI miami ni suka tgk si Calleigh jer..lawa beb.. CSI NY pun agak bosan..tak kick.. hidup grissom dan anak2 buahnya..

emily procter - calleigh duquesne

Lost pun baru jer habis.. masa finale ari tu dia tunjuk 2 jam back to back tapi hari tu gi tgk wayang.. so terpaksa bangun hari isnin pukul 2 pagi & ahad kul 4 pagi utk tgk ulangan dia.. lost ni dah makin pening jugak.. tapi tak sabar nak tunggu season 3 nanti.. bila la diorang ni nak diselamatkan.. utk season 2 ni, watak yg mati = shannon, libby ngan ana lucia.. yg lain2 tu tak penting.. utk season ni, aku suka watak Mr Eko sbb dia cool ngan Ana Lucia sbb dia polis yang tough.. yg dibenci pulak Michael sbb dia asyik nak selamatkan anak dia jer, ngan Libby sbb dia boleh suka kat hugo.. hugo pun tak suka gak sbb dia sorok makanan..

beberapa minit sebelum shannon matidalam hatchjack ngan kate terperangkap dalam net..ambik kesempatan tuujiwang sikit

AF4 pulak baru habis semalam.. juara dia, faizal dari terengganu.. walaupun dah tak sebest dulu,tp layan jer la..best jugak dia ni nyanyi..innocent jer muka..overall puas hatila no 1-3 tu mmg layak dibagi kat faizal,lotter ngan farhan.. yg tak layak masuk langsung (amirul,diddy,haziq,karen,nora).. kalau bg kat org lain pun takper.. kalau tgk budak2 prelude semalam, elok ganti diorang ngan hazama, shaz, leya ngan leez..

senyum sokmoleez

lps ni EPL dah start balik..season ni plg mencabar rasanya sbb byk player2 international baru yg diangkut lepas world cup hari tu.. season ni Chelsea jadi juara lagi la nampak gayanya.. ada ballack, shevchenko,kalou ngan obi.. manchester pulak dah hilang RVN, carrick yg beli mahal2 pun dah injured teruk,vieira tak jadi masuk..habisla ferguson tu..

next week jugak ada satu siri baru kat astro.. tgk iklan mcm best jer..citer Nip/Tuck.. pasal plastic surgery.. kat us dah lama dah ada.. tapi tatau la best ke tak..

hmmm...