marilarilagimarilarilagimarilarilagimarilarilagi

Memories seem like so long ago,time always kills the pain..

..Darah manis??..

Monday, December 12, 2005

tribute to coach

Tribute to coach ni sempena keberangkatan pergi Azrin a.k.a Coach ke USA semalam atas urusan kejer..kalau kat airport tu org kat kaunter akan tanya "business or pleasure sir?"..tatau la coach nak jawab aper..jgn dia jawab bomb dah..tak pasal2 kena ketuk ketampi sambil dibogelkan nanti..kenal dia start form 4 kat mrsmpc..dia kelas Iqbal,aku ngan men kelas farabi..masa tu tak rapat sgt ngan dia sbb dia stok2 scorer,aku pulak atas sikit dari scorer..jumpa lagi masa 1st year kat 1st college UM..masa tu nama dia azrin lagi..pastu masa minggu ragging tu,baru perasan muka dia mcm muka abdul rahman,coach bola terengganu time tu..start tu panggil dia coach..

antara sumbangan yg tak ternilai coach ialah pembekal bilik kepada squatters2..saper2 yg takder bilik masa tu akan memeriahkan bilik coach dan x-rumet2nya nazir,man,borr,kamarul..dari luar bilik tu nmpk macam 20 org ada kat situ sbb kasut bersepah kat luar bilik..siap kena ambush dgn warden lg..

lps dia grad,kitorang (aku,men,coach) masuk training kat shrdc shah alam..masa 1st day tu ada iq test...aku rasa aku terpilih masuk sana sbb aku tertiru coach masa iq test tu..nasib baik coach ada kat sebelah masa tu..hehehe..sepanjang tempoh training tu dia sewa bilik kat umah men..kitorang akan buat car-pooling (KBC + BFG + WDX) tiap2 hari utk menjimatkan duit minyak..pastu bulan posa, kitorang akan bukak posa kat masjid..maklumla dapat elaun 500 jer sebulan..

byk lagi kenangan ngan coach ni..gi cuti2 kat penang sambil tumpang tdo kat umah dia kat taiping (dia bwk kitorang gi mandi kolam air panas), pastu tgk bola kat stadium shah alam (walaupun aku tak sokong perak tapi buat2 sokong sbb takut kena belasah), pastu gi sunway lagoon (coach ni gayat so dia tak naik benda2 yg boleh menggugurkan jantung ni), dan gi karnival sure heboh (sambil kutip2 benda2 terbuang utk tukar ngan kupon lucky draw)..

perangai coach yg mmg dah sebati dlm jiwa dia ialah suka cerita benda2 yg dia dah cerita..tapi bila kali ke2 dia citer tu,versi dia lain sikitla..so lain kali kalau cakap2 ngan dia,kena ingatla apa benda yg korang borak sbb mungkin bila jumpa lain kali dia akan citer benda yg sama dgn versi lg gempak..kalau dia buat cam tu,korang terus jer cakap ending citer tu..muahahha..
lg satu,evaluation dia terhadap satu2 benda tu mmg fail..contohnya kalau dia cakap ada movie tu best giler2, jgnla tgk movie tu..tgk boleh,tp with no high expectation..muahhaha..betul tak men?

coach jugak merupakan salah seorang ahli dalam 2 kelab yg dipresidenkan oleh aku, iaitu kelab kejar mengejar dan kelab desperate loser..
kejayaan terbesar coach ialah menang tiket bercuti bersama kumpulan by'u (kumpulan baru masa tu) kat pulau apa ntah..redang kot..so dia pun gi la bercuti kat pulau tu ngan ahli2 by'u yg dah tak wujud zaman ni..siap masuk paper lagi..dia menang tiket tu sbb dia punya tarian paling mendapat sokongan pengundi..masa tu kitorang kejar era..
dlm kelab desperate loser,aku target dia org yg ke-2 akan kawin (selepas men) sbb dia dah kaya skang..men tu kena kawin 1st sbb dah sampai tahap wajib kawin..

so,kpd coach,slmt bekerja kat negara omputih tu..jgn terpengaruh dgn anasir2 barat tu...jumpa lagi bulan 3 nanti..awek2 yg ko nak ngorat (tp tak dapat2 lagi) tu biar aku,men ngan yat jaga..muahaha..
ucapan terakhir:jgn pulang dgn tangan kosong!!kami menanti kepulangan anda..

10 karutan:

  • At 13/12/05 09:41, Anonymous Anonymous said…

    coach kelas hambali daaa... dia pegi bercuti tu ke pulau tioman daa.. apsal aku plak kawin dulu.. siot jek.. coach la dulu.. aku ngan ko kan sama level..

     
  • At 13/12/05 10:12, Blogger My COACH Store said…

    nih ape pasal tiba2 tukar address?? mende arr ko...

     
  • At 13/12/05 13:46, Anonymous Anonymous said…

    ape kate tuan punye blog explain skit kerna hamba kurang periksa nape tajuknya "Chronicles of Anip:The Crocodile,The Ostrolian Witch and The Premier Tickets"?

     
  • At 13/12/05 14:04, Anonymous Anonymous said…

    takyah la kurang periksa.. bosan dah periksa2 ni..
    ya deh... kenapa tajuknya begitu?
    okeh.. one by one..
    chronicles of anip: kisah-kisah anip.. maksudnya kisah2 hidup anip
    the crocodile: anip ialah seperti seekor buaya.. tembaga mahupun darat.. sama je.. (termasuk kawan2 dia esp maverick tu..)
    the ostrolian witch: anip punya latest crush, tidak termasuk dengan serigala white witch yg kejam itu
    the premiere tickets: anip suka benda2 free (telah diwakili oleh url blog ini)termasuk tiket wayang free, dah lebih afdal, tiket2 free utk tayangan2 premiere...

    sebarang kesilapan terhadap kenyataan di atas, amatlah dikesali..

     
  • At 14/12/05 00:38, Blogger Tentang Anip said…

    kurang periksa>???tak cukup lagi ker periksa?dari derjah 1 sampai masuk u..upsr,pmr,spm,..letih woo..

     
  • At 14/12/05 01:14, Blogger Tentang Anip said…

    apa yg diexplainkan oleh iztoy tu sumer agak betul tp part ostrolian witch tu sbb takder idea nak letak aper utk mewakili "the witch"..yg 1st tu mewakili binatang,2nd org,3rd benda..
    so hasil diskusi ngan men,buatla ostrolian witch ytk mengekalkan nama witch..apsal "ostrolian" pulak?..ntahla..yg pasti bukan crush la ..crash kot..muahaha

     
  • At 14/12/05 16:56, Blogger iztoy said…

    muahahahahaha.... crash... muahahahahaha....

     
  • At 14/12/05 23:35, Blogger Tentang Anip said…

    apsal gelak?

     
  • At 15/12/05 09:03, Anonymous Anonymous said…

    takde apa.. saja.. gelak tu kan sedekah..

     
  • At 15/12/05 21:00, Blogger Tentang Anip said…

    senyum jer sedekah..kalau gelak tu sedekah org tak ikhlas

     

Post a Comment

<< Home