marilarilagimarilarilagimarilarilagimarilarilagi

Memories seem like so long ago,time always kills the pain..

..Darah manis??..

Monday, April 28, 2008

mari travel 1860 km

aku ngan men gi satu trip utk menakluk pantai timur.. struggle apply cuti seminggu.. objektif pengembaraan kitorang:

1) mini reunion sempena 10 tahun meninggalkan mrsmpc, sambil melawat pesta type 3 kat sana.
2) merehatkan fizikal dan mental kat hotel2 terpilih.. tu pun sebab dapat complimentary stay..
3) survey utk next "merdeka trip" kat tioman.. yat, idea ni tetiba jer muncul, x plan pun..
4) cari makwe..



ahad 13 april

pukul 7.30 am, aku ngan men memulakan jurney dari umah aku.. mlm tu men tido umah aku,dia sampai kl pagi sabtu.. siap beli henpon baru lagi,hampeh tul.. destinasi pertama, ke setiu, terengganu.. nak check in kat Sutra Beach Resort & Spa.. sbnrnya dapat complimentary stay sbb menang pandora's box dari mixfm.. kalau x, tak merasala.. pukul 10am, sampai kat cherating, singgah breakfast nasik ayam kat warung mizi.. lps mkn, dari cherating sampai ke kuala terengganu dlm kul 1.30pm.. nak gi ke kg merang, setiu tu kitorang lalu jalan pantai ikut seberang takir.. lps check in, lepak2 sambil menikmati keindahan pantai..org pertama yg kitorang kol adalah yat, utk mintak dia apply cuti utk follow kitorang gi tioman tapi dia xleh sbb ada exam hari sabtu.. kul 5.30pm, kitorang kuar gi pantai batu buruk.. kat sana tgk org main layang2.. sambil mkn ais krim ngan sate ikan.. lps dah bosan, gi dinner kat restoran lempeng kat marang.. kedai ni speciality dia jual lempeng.. bagus konsep ni, buat kat kl mesti laku.. bila dah kenyang, singgah shopping beli barang mkn kat supermarket astaka kat bandar KT.. mlm tu, kul 9pm dah ada kat bilik sbb nak tgk bola.. zzzz...

isnin 14 april

hari ni ada event besar kat sutra beach ni.. dlm pakej complimentary tu, kitorang akan dapat pakej spa.. huh.. x pernah2 terpk nak meng-spa kan diri.. mlm tu dah terbayang2 dah diri nak kena urut, pastu sibuk pk nak pakai apa masa spa nanti.. 1st timela katakan.. lps breakfast, tunggu pusat spa bukak sampai kul 10.30.. bila dah bukak, ckpla kat kakak tu pasal pakej spa ni.. tp kakak tu kata dia urut pompuan jer, org yg urut laki x dtg ari tu.. dia offer kitorang pakej yg dia boleh buat jer.. so belasah jer la..
mula2 dia suruh kitorang masuk bilik, pastu dia bg kain ngan disposable spender, suruh pakai utk sauna.. men malu2 kambing nak pakai.. aku dah pakai dah masa tu.. last2 men ckp kat kakak tu, kata nak pakai seluar pendek jer.. kakak tu kata belasah je la.. dia tanya kitorang ni student lg ke, sbb gaya mcm malu2 ayam jer.. hehe.. aktiviti mula2, urut kaki.. pastu sauna, pastu mandi susu kambing.. last sekali, jacuzzi.. enjoy jugakla sbb ni 1st time buat benda alah ni.. kalau nak bayar sendiri, full pakej ni adala dlm rm 300.. dlm kul 1230, sumer dah setel.. men bwk balik spender tu, buat kenangan..
lps zohor, kitorang gi pulak ke pasar payang.. mula2 lunch mkn nasik air.. pastu aku beli baju souvenir utk fmly.. men rekemen aku gi beli serunding kat satu kedai ni.. tukang jaga dia awek cun.. dia dah dtg 2 minggu lepas masa gi jln2 lps kenduri zul.. dia invest rm10 kot kat sana, men pulak rm10 jugak.. huh, semata2 nak jumpa awek tu.. bila men dah bg koordinat kedai tu, aku gi la.. bila dah jumpa, buat2la nak beli serunding..last2, aku invest rm40 kat kedai tu..haha..hampeh.. destinasi seterusnya, ke masjid kristal.. cantik jugakla masjid ni, cuma agak confuse sikit ttg fungsi dan arah kiblat dia.. lagipun taman monumen x siap lg, so bila dah siap, kena visit sekali lg.. last sekali gi beli keropok lekor kat losong.. kul 6pm sampai hotel.. lepak kejap sambil minum welcome drink, sebelum mandi swimming pool.. mlm tu dinner kat kedai area kampung tu.. zzzz..

selasa 15 april

check out pukul 1030am.. destinasi seterusnya ke kelantan.. kul 12pm dah sampai.. mula2 singgah kat kampung aku kat pasir puteh utk lunch.. lps lunch, gerak ke kota bharu.. check in pulak kat umah makcik men kat sana.. bila dah setel basuh n jemur baju, keluar ke bandar kb.. mula2 gi pasar mpkb utk beli hadiah utk cikgu homeroom kitorang dulu.. mencabar giler nak beli hadiah.. sbb sambil jalan, mata tgk kedai yg ada "prospek".. dah habis round, x tau nak gi kedai mana.. last2 gi kedai pakcik yg jual kain batik.. gagal cari kedai prospek.. lps tu, gi ke hospital usm kat kubang kerian utk visit cikgu kimia kitorang, cikgu hasnah yg sakit.. kanser apa ntah.. sambil2 cari katil cikgu kat dlm wad pun, mata sibuk cari prospek nurse..hehe.. bila dah setel, gi pulak tgk anak saudara men.. kakak ipar dia baru seminggu beranak.. mlm tu, janji ngan poknik utk dinner kat restoran fresh kat area tmn uda murni.. menarik jugak restoran ni.. kenyang perut dan mata.. masa kat restoran ni, poknik ajar men cara2 guna GPS henpon baru dia.. pastu balik umah poknik utk download map.. mlm tu tido umah poknik sbb bini dia xde..zzzz...

utk entry ni x sempat nak tunggu gmbr2 yg belum diupload lagi sbb dah ada permintaan dari pembaca2 blog yg suruh publish jer entry ni, x payah tunggu gmbr.. so nanti bila dah ada gmbr, akan diselitkan.. tungguuu episod ke2 pulak yer!!

1 karutan:

  • At 16/6/08 19:08, Blogger iztoy said…

    ko tak cakap pun satu lagi objective:

    untuk mencari tempat yg sesuai untuk honeymoon

     

Post a Comment

<< Home