marilarilagimarilarilagimarilarilagimarilarilagi

Memories seem like so long ago,time always kills the pain..

..Darah manis??..

Thursday, September 06, 2007

mari bercuti : merdeka trip 07 (episod 1)

ni adalah rentetan kisah sepanjang 3 hari 2 mlm pasal merdeka trip 07 :perhentian island.. trip ni telah dipresidenkan oleh presiden.. total 18 org join trip kali ni, mostly budak2 shrdc yg kejer kat penang..
geng2 merdeka trip 07 : anip (presiden), men (tugas2 khas), yat (org kanan), borr (kasanova), zam (org kanan penang), zack (pencinta wanita), mahan (orang kanan penang jugak), sue (informer pasal perhentian), ummu (budak kena buli), dyan (kawan sue dr melaka), ct (ct rock), intan (hyper), hasma (kawan ummu), as (minah peace) , feeda (vice presiden,dikhabarkan ada affair ngan presiden) , feeza (kembar feeda), lynn dan rumetnya faiz.. hehe..diorg ni husband n wife la.. group ni ada jugak pemerhati bebas iaitu coach yg x dpt dtg sbb ada komitmen lain..

sebelum 30 Ogos
start bulan mei, presiden dah lantik diri sendiri jadi presiden..pastu dia cari info pasal trip ni..mula2 target nak g tioman tp x cukup chalet so dah gelabah nak cari replace.. bila dah diskas blk ngan ajk sekelian, maka setelah susah payah,dapat jugak cari "Pakej Presiden Suka Hati" iaitu pakej 3D 2 N kat perhentian island.. kitorang akan duduk kat New Cocohut Resort dan aktiviti snorkeling akan merangkumi 3 pulau (perhentian, lang tengah n redang)..

2 minggu sblm 30 ogos tu, presiden amat bz dan sengaja membz kan diri sbb nak release masa holiday nanti.. dia bz sbb 30 ogos ada opening ceremony kilang baru company dia kat bukit beruntung yg mana dia pun akan ditransferkan ke sana nanti.. so tugas2 presiden diserahkan kpd vp..

ni la buku n file yg presiden guna utk organize trip ni..mcm2 rahsia kerajaan ada dalam tu..

30 Ogos
hari ni ada yg amik half day, ada yg amik cuti terus n ada yg x cuti langsung.. presiden x amik cuti pun sbb xleh cuti.. petang tu cabut awal, kul 6 dah tunggu kat komuter subang.. train tu plk as expected akan delay.. bila dah sampai, penuh pulak ngan mamat2 dari seberang yg xcited nak selebret merdeka kat dataran.. pening betul.. sementara tu borr dah otw dari ipoh n feeda & feeza dah sampai kat putra..
sblm naik bas, geng2 dari kl (presiden, feeda,feeza,yat n borr) mkn dulu kat food court putra tu... geng2 melaka (sue n dyan) dan geng2 penang (mahan, ummu, sue, lynn, faiz, men, zam, zack, ct, intan, as ) pun dah gerak ke jerteh... takutla jugak insiden2 x diingini mcm thn lps jadi.. tp alhamdulillah xde apa2.. cumanya ada onar oleh borr sbb seat dia clash ngan seat sorang makwe ni.. tp presiden berjaya setelkan..hehe..

31 Ogos ( 1st day)


berkumpul kat depan opis cocohut

aktiviti pagi

geng2 penang sampai dulu kat jerteh.. men,mahan ngan zam tunggu geng melaka sampai.. yg lain naik cab ke jeti kuala besut utk smyg n breakfast.. geng2 kl pulak sampai kat jeti kul 630.. lps dah smyg, zack jemput dari surau ke kedai makan.. jarak dia dalam 10 langkah jer.. lps dah kenyang, sumer org kumpul kat opis cocohut sambil tunggu geng2 jerteh... bila dah setel, kitorang pun naik bot kul 745.. adventure gile naik bot tu.. saper yg dok depan (men ngan borr) tu dah flet dah bumper diorang sbb kena lambung ombak..

naik bot yang horror

setengah jam kemudian, sampaila ke cocohut resort.. tempat mcm menarik jugak cuma pasir dia tak sepasir mcm kat abdul's chalet dulu..
maka pembahagian bilik adalah spt berikut:
D7: zam n zack
D8: lynn n faiz
D9: feeda, feeza, mahan, sue, dyan
D10: as,hasma, ct, intan, ummu
D11: presiden, borr, yat, men ( bilik para pembesar)

keadaan chalet kitorang..
p/s:peraduan cari benda tersembunyi:mahan ngan ummu tau jawapannyer...

dlm kul 930, sumer org berkumpul kat tepi pantai utk sesi berkenalan.. geng2 pompuan sampai lmbt giler sbb diorang ingat ke aktiviti bebas.. siap ada yg tdo lg..ish... so berkenalanla sesama kitorang sbb ada yg baru jumpa 1st time.. biasala, mengeratkan silaturahim..
next, kitorang gi main bola tampar.. cuma feeda, feeza, ct n intan jer yg main kayak.. kayak sewa sejam rm10 tp geng kembar tu main setgh jam jer sbb tangan x kuat.. berbalik ke game bola tampar td, team presiden telah mengalami kekalahan tipis.. tu pun sbb diorang nak tgk presiden kena denda.. tapi nak buat macamana kan, kena la tunjuk sikap gentel-man, so presiden pun jadila penyu jadian mcm zam thn lps.. aktiviti seterusnya ialah lunch.. walaupun mknn x sebest abdul's chalet, tp lapar punya pasal, telan jerla..

presiden dijadikan penyu

aktiviti petang

kul 2, 1st snorkeling.. brother boat (indra n joe) bwk kitorang around perhentian.. tempat lebih kurang sama mcm last year.. masa kat turtle bay tu, nmpkla penyu sebenar naik ke surface utk amik oksigen.. lps tu, gi snork kat shark point.. presiden tu konon2 terer sgtla berenang, berlagak xnak pakai life jacket.. bila dah 5 meter dari bot, rasa mcm nak patah balik sbb dah rasa ala2 nak lemas tp x sempat.. masa tu tertelan byk giler air..panik siut.. dahla snorkeling gear tu tercabut pastu tenggelam dlm air, tinggal goggle jer.. (dlm hati:matila aku kena bayar rm80).. lps tu nmpkla sorang amoi yg seksi ni dtg kat presiden yg terkapai2.. terusla presiden tu berlakon lemas dgn ganasnya.. padahal cuak giler.. amoi tu pun pegang presiden.. lps tu sorang brother boat dtg jugak.. dia kata "jange panik abe".. pastu dia cakap kat zam "lepar jeket tuh,ado budok lemah nih".. hehe.. buat malu presiden jer lemas.. lps tu tobat x bukak dah life jacket...

bersama org kanan, yat.. masa ni belum lemas lg..hehe

petang tu, kat chalet,sumer buat aktiviti bebas.. ada yg berehat,lepak2,snork tepi pantai.. masa tu presiden n vp gi jalan2 tepi pantai,konon2 nak bg ikan mkn roti.. tapi presiden tu lupa yg dia letak kamera kat dlm poket seluar.. selamba jer mamat tu masuk dlm air nak bg ikan mkn.. bila dah tersedar, baru cuak muka.. tgk2 kamera tu dah xleh bukak.. menangis dlm hati jer la..

yeah..muka zam x masuk.. ni snork last day, bukan 1st day..

aktiviti malam

lps dinner n smyg, kitorang kumpul kat tepi pantai utk main game..mula2 lynn suggest main game "gosok gigi pakai apa".. jawapan dia based on brg2 yg kita bwk ke pulau tu.. antara ayat yg best : saya gosok gigi pakai minyak panas, tripod, deodoran ngan spender.. yat jer yang betul sbb dia bwk berus gigi..next game, main game sambung ayat pakai 3 perkataan.. best gak game ni.. antara ayat power yg keluar : "cantik sungguhhh...sue" & "borr apa kurangnya".. cuma org yg cakap tu undisclosed la atas sbb2 keselamatan..game ni dimenangi oleh hasma.. next team game pulak.. mula2 main game pisang goreng.. team Jerteh (ummu,as,borr,zam) menang.. game last, main bom2 negara org lain.. team feveret (team MT) gagal lg dlm game ni sbb team China (Mahan,ct n feeza) & team Jerteh (Ummu, as, borr n zam) yg menang.. *ntahapaapa nama team china* aktiviti malam berakhir dgn aktiviti bebas.. ada yg join brother2 chalet berkaraoke, ada yg jalan2, ada yg buat kejohanan main kad sedunia dan ada jugak yg tdo...

berkumpul waktu malam.. ni pun bukan gathering 1st night..

kul 11 lebih barula bilik D11 melabuhkan tirainya.. boleh dikatakan sumernya tido mati sbb kepenatan.. namun begitu, kejadian gangguan "makhluk halus" di bilik D11 tidak dpt dilupakan.. x taula berjangkit kat bilik D10 ke tak.. gangguan pun gangguan la, janji tido..

kpd sumber2 gmbr, pembuat blog ni akan suka2 hati jer curik korang punya gmbr utk masuk dlm blog ni yer.. utk episod 2nd day, tunggu dulu la.. jgn lupa komen.. saper2 pun blh komen, x semestinya yg register jer..

gmbr ada kat anip , mahan ngan men punya album..

4 karutan:

  • At 7/9/07 13:37, Anonymous Anonymous said…

    korang kene gangguan apa anip???
    kami Ok je....tido mampus....

     
  • At 7/9/07 21:23, Anonymous Anonymous said…

    nasib baik la korang takde gangguan... malam pertama tu anip sorang jek rasa gangguan... malam kedua plak, aku pun rasa sama.. takut gak la... huhuhu

     
  • At 10/9/07 10:42, Blogger iztoy said…

    nak komen apa ni? aku tak register. bwahahaha... kesian camera kena makan dengan ikan.. mintak la ikan tu ganti... ko jumpa hantu ke anip?

     
  • At 19/9/07 12:40, Anonymous Anonymous said…

    kene gangguan?kan blakang challet tu ada rumah 'puaka tebing biru' hehee..

    Anip, peraduan cari brg tersembunyi tu ada hadiah ker?

     

Post a Comment

<< Home