999 melaporkan...

seorang pemuda telah ditemui terbaring seorang diri di hadapan sawah padi milik seorang pesawah di alor setar..menurut pesawah itu yang mahu dikenali sbg encik yot, pemuda dalam lingkungan usia 20-an itu ditemui pada jam 1.30 ptg waktu tempatan..dia dipercayai mabuk setelah berpoya2 di kelab dangdut milik Ah Bur sebelum pengsan..menurut teori lain,pemuda itu juga kemungkinan besar diikat dan diculik oleh kumpulan Ah Long Bukit Beruntung yang sangat ganas.pemuda itu mungkin telah meminjam wang dari ah long untuk membeli hard disk atau digital camera dan tidak mampu membayar semula hutang ah long.teori ketiga pula menyatakan pemuda itu diterbangkan oleh burung garuda dalam perjalanan balik ke australia,tetapi telah terjatuh kerana dia ingat dia boleh terbang macam wak suparman dari jawa tengah..
sehingga berita ini ditulis,pemuda ini masih belum sedarkan diri..oleh itu identiti sebenar pemuda itu belum dapat dipastikan..
diharap kepada sesiapa yang kehilangan saudara mara atau sahabat handai bolehlah menghubungi bilik berita dan bercakap dgn encik karim singh walia.
Memories seem like so long ago,time always kills the pain..





mengapa nama aku n negara yg kududuki nih ade dlm entry nih?sejak bila kau dibenarkan mengeskploitasi aku haa??
btw..wakakak...kelakar jek org yg pengsan tuh ek.ahahaha..mcm kukenal saja ini org..hahaha..
org yg selalu igt dia buleh terbang tuh ek?huhuhuhuh...